BAYERN Munich mendenda pemain kontroversi, Sadio Mane lebih 250,000 euro (RM1.21 juta) kerana menumbuk muka rakan sepasukan, Leroy Sane minggu lalu.
Jumlah denda itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah Bayern.
Kedua-dua pemain itu bertengkar di atas padang ketika kekalahan 0-3 kepada Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara.
Insiden tidak berakhir di situ sebaliknya semakin tegang apabila mereka memasuki terowong di Stadium Etihad.
Akibat tumbukan itu, Sane yang merupakan bekas pemain City mengalami luka dan bengkak di bahagian bibir.
Susulan insiden tersebut, Mane turut digugurkan ketika aksi Bundesliga menentang Hoffenheim pada Sabtu.
Bagaimanapun bekas pemain Liverpool itu dijangka kembali untuk aksi suku akhir kedua bertemu The Citizens awal pagi Khamis.
Bekas pertahanan Borussia Dortmund, Manuel Akanji yang akan membarisi skuad City di Allianz Arena berharap rakan sepasukan tidak gentar dengan kebangkitan Bayern.
Katanya, tidak ada apa yang perlu digeruni dengan suasana di Munich.
"Saya tidak rasa ia salah satu daripada suasana terbaik di Jerman. Saya rasa ada tempat lain yang lebih baik tetapi mereka tetap akan cuba membantu pasukan.
"Kita tidak boleh fikir yang kita mempunyai kelebihan tiga jaringan. Bayern akan cuba melakukan apa saja untuk mengatasi defisit ini, tetapi kita perlu bersedia," ujar Akanji. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 18 2023
Kedua-dua pemain itu bertengkar di atas padang ketika kekalahan 0-3 kepada Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara. - Gambar/ Stadium Astro
Mahalini, Rizki Febian selamat diijabkabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Jalan ditutup seminggu, peniaga dakwa rugi ribuan ringgit
Peniaga-peniaga di pekan Kuala Kubu Baharu mendakwa kerugian ribuan ringgit susulan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Selangor, pada hujung bulan lalu.
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Lima penguat kuasa ditahan terima bayaran bulanan bocor maklumat operasi
Lima anggota penguat kuasa ditahan SPRM Perlis selepas disyaki meminta suapan berjumlah RM29,000 sebagai 'habuan' membocorkan operasi pihak berkuasa.
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
Nenek umur 75 tahun antara ditahan bersama dadah
Polis Johor merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta hasil dua serbuan yang dilakukan di sekitar Pontian, Sabtu minggu lalu.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
Ronaldo, Mane gagal bantu Al-Nassr catat kemenangan
CRISTIANO Ronaldo dan Sadio Mane gagal memberikan impak, menyaksikan Al-Nassr mengalami kekalahan 0-2 kepada Al-Taawoun dalam aksi Liga Pro Saudi pada Sabtu.
Sadio Mane sertai Cristiano Ronaldo di Al-Nassr
Penyerang Senegal berusia 31 tahun itu hanya menghabiskan satu musim di Jerman selepas berpindah ke Bayern dari Liverpool.
Sadio Mane sahkan tinggalkan Bayern Munich
Penyerang Bayern Munich Sadio Mane mengesahkan beliau akan meninggalkan juara Bundesliga itu.
Mane dilaporkan sedia ujian perubatan sebelum berpindah ke Arab Saudi
Sadio Mane bersedia untuk berpindah ke Saudi dan bergabung dengan Cristiano Ronaldo dan Marcelo Brozovic di Al-Nassr.
Mane dalam radar Chelsea
Mane memenangi EPL dan UCL bersama Liverpool sebelum menyertai Bayern pada jendela perpindahan Jun tahun lalu.
Mane didenda RM1 juta tumbuk Sane
Mane didenda RM1 juta tumbuk Sane
Bayern Munich gantung, denda Sadio Mane ekoran insiden tumbuk Leroy Sane
Sadio Mane telah digantung dan didenda oleh Bayern Munich selepas dia didakwa menumbuk rakan sepasukan, Leroy Sane.
UCL: Mane, Sane dilapor bergaduh dalam bilik persalinan
Sadio Mane dan Leroy Sane, dilaporkan bergaduh dalam bilik persalinan sejurus tewas 0-3 kepada Manchester City.
Mane harap Cancelo kekal bersama Bayern Munich
Cancelo memulakan empat perlawanan berturut-turut di Bayern, memberikan bantuan dalam setiap dua penampilan pertamanya.
Piala Dunia Qatar: Van Dijk kecewa Mane tidak dapat beraksi
Senegal mengalami tamparan hebat susulan pengesahkan Mane tidak akan pulih daripada kecederaan fibula untuk beraksi pada kejohanan itu.